Rumah Kebajikan Kanak-kanak TBQ AMAL
Rumah Kebajikan Kanak-kanak TBQ AMAL
  • UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • HUBUNGI
  • INFAQ
  • More
    • UTAMA
    • TENTANG KAMI
    • HUBUNGI
    • INFAQ
  • UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • HUBUNGI
  • INFAQ

Satu sumbangan, seribu erti

" Kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu bapa, menjadi mangsa penderaan, dan hidup dalam ketiadaan kasih sayang memerlukan kita. Di TBQ Amal, kami menjadi rumah perlindungan dan harapan baru untuk mereka. "

Kisah Anak - Anak TBQ Amal :

 “Ayah mereka dipukul hingga mati di depan mata. Ibu pula melarikan diri. Sebelum ke TBQ Amal, mereka tidak pernah ke sekolah. Kini, Aidil bercita-cita menjadi kaunselor untuk membantu orang lain.” 

"Sebaik-baik rumah di kalangan orang Islam ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang diperlakukan dengan baik."


-Riwayat Ibnu Majah, no. 3679-

Realiti Yang Mereka Hadapi Setiap Hari…

  • Tiada Tempat Berteduh yang Selamat. Anak-anak kehilangan tempat tinggal akibat ibu bapa yang meninggal, bercerai, atau melarikan diri.


  •  Kehilangan Kasih Sayang Ibu Bapa. Tiada sesiapa untuk memberikan pelukan atau kata semangat ketika mereka memerlukannya.


  • Trauma dari Pengalaman Silam. Ada yang membawa trauma mendalam akibat melihat kematian ibu bapa di depan mata, atau menjadi mangsa penderaan di rumah kebajikan lain.


  • Prestasi pelajaran terjejas akibat tiada pendidikan. Mereka ketinggalan jauh dalam pembelajaran asas seperti membaca, menulis, dan mengira.


  • Hampir dianggap warga asing akibat ketiadaan dokumen rasmi. Ramai kanak-kanak tidak mempunyai dokumen kelahiran, yang menyebabkan mereka sukar untuk mengakses pendidikan, kesihatan, dan bantuan rasmi.


  • Tekanan Hidup sebahagian kanak-kanak yang terpaksa tinggal dengan keluarga tiri yang tidak mampu atau tidak mahu menjaga mereka. Mereka dipaksa bekerja atau makan makanan yang tidak mencukupi.


  • Tersiksa dengan masalah kewangan. Ibu tunggal atau penjaga tua tidak mampu menampung perbelanjaan asas, menyebabkan anak-anak dihantar ke TBQ Amal.


  • Langsung tiada akses untuk aktiviti perkembangan emosi. Anak-anak ini tidak pernah berpeluang menikmati aktiviti seperti seni, muzik, atau sukan yang dapat membantu perkembangan mereka secara holistik.

Fasiliti Kami

    Infaq

    Infaq One Off

    Infaq One Off

    Infaq One Off

    Sumbang secara one-off

    tekan untuk infaq

    Infaq Bulanan

    Infaq One Off

    Infaq One Off

    Sumbangan secara bulann (Aut-deduct)

    tekan untuk infaq

    Return and Refund Policy

    Pertubuhan Kebajikan Tarhim Bil Qalbi Amal Negeri Johor (TBQ Amal)

    Badan Kebajikan Kanak-Kanak

    Tarikh Kuat Kuasa: 17 Julai 2025

    1. Pengenalan

    TBQ Amal ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang memberi fokus kepada kebajikan, perlindungan dan pembangunan kanak-kanak yang memerlukan. Segala bentuk transaksi yang dibuat melalui laman web atau saluran rasmi TBQ Amal dianggap sebagai sumbangan kebajikan secara sukarela, dan akan disalurkan sepenuhnya kepada program bantuan dan pembangunan kanak-kanak.


    2. Polisi Pemulangan

    Secara amnya, TBQ Amal tidak menawarkan sebarang pemulangan wang (refund) bagi sumbangan yang telah dibuat. Namun, dalam keadaan luar biasa, pihak kami akan mempertimbangkan permohonan refund sekiranya:

    • Berlaku transaksi berganda (duplicate payment)
    • Terdapat kesilapan teknikal dalam sistem pembayaran
    • Jumlah sumbangan tersilap dimasukkan secara tidak sengaja

    Syarat permohonan pemulangan:

    • Permohonan mestilah dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh transaksi.
    • Pemohon perlu mengemukakan bukti transaksi lengkap, termasuk resit, nombor rujukan dan butiran bayaran.
    Pihak TBQ Amal berhak untuk menyiasat setiap permohonan dan membuat keputusan berdasarkan semakan dalaman. Keputusan adalah muktamad.


    3. Tujuan dan Tanggungjawab Dana

    Setiap sumbangan yang diterima akan digunakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab untuk:

    • Menyediakan pendidikan, makanan, pakaian dan penjagaan asas kepada kanak-kanak asnaf, yatim dan miskin.
    • Menjalankan program pembangunan kendiri, motivasi dan keselamatan untuk kanak-kanak.
    • Menyokong inisiatif perlindungan dan kebajikan jangka panjang bagi kanak-kanak yang memerlukan.


    4. Maklumat Perhubungan

    Untuk sebarang pertanyaan atau permohonan berkaitan transaksi atau polisi ini, sila hubungi kami melalui:

    📧 Email: tbqamal.org@gmail.com
    📞 Telefon: 0167067881
    🕘 Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9:00 pagi – 5:00 petang)


    5. Kemas Kini Polisi

    Polisi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut keperluan operasi dan perundangan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi atau notis awam TBQ Amal.

    Terima kasih kerana menyokong misi kebajikan kami.

    Sumbangan anda membantu membina masa depan yang lebih cerah dan selamat untuk anak-anak yang memerlukan.

    Privacy Policy

    Pertubuhan Kebajikan Tarhim Bil Qalbi Amal Negeri Johor (TBQ Amal)

    Tarikh Kuat Kuasa: 17 Julai 2025


    1. Pengenalan

    TBQ Amal komited untuk melindungi privasi semua penyumbang, sukarelawan, dan pengunjung laman web kami. Dasar privasi ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda.


    2. Maklumat yang Dikumpulkan

    Kami mungkin mengumpul maklumat berikut melalui borang sumbangan, pendaftaran, atau komunikasi dengan TBQ Amal:

    • Nama penuh
    • Alamat e-mel
    • Nombor telefon
    • Alamat surat-menyurat
    • Maklumat pembayaran (tidak disimpan oleh kami secara langsung, hanya melalui gerbang pembayaran yang selamat)
    • Sebarang maklumat tambahan yang diberikan secara sukarela.


    3. Tujuan Penggunaan Maklumat

    Maklumat yang dikumpulkan digunakan untuk tujuan berikut:

    • Memproses dan mengesahkan sumbangan
    • Memberikan resit dan maklumat transaksi
    • Menghantar maklumat kemas kini program dan aktiviti kebajikan
    • Menyimpan rekod dalaman dan audit
    • Tujuan pematuhan undang-undang yang berkaitan


    4. Keselamatan Maklumat

    Kami mengambil langkah-langkah keselamatan fizikal, teknikal dan pentadbiran untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran, kehilangan atau penyalahgunaan.


    5. Pendedahan Kepada Pihak Ketiga

    Kami tidak akan menjual, menyewa, atau berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda, kecuali apabila diperlukan oleh undang-undang atau untuk tujuan pengauditan rasmi.


    6. Akses dan Kemaskini Maklumat

    Anda berhak untuk meminta salinan maklumat anda yang disimpan oleh kami, serta memohon pembetulan jika terdapat ketidaktepatan. Permintaan boleh dibuat melalui e-mel rasmi kami.


    7. Pautan Kepada Laman Web Lain

    Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman pihak ketiga. Dasar privasi ini tidak terpakai kepada laman-laman tersebut. Kami menggalakkan anda untuk membaca dasar privasi laman-laman tersebut secara berasingan.


    8. Perubahan Polisi

    TBQ Amal berhak untuk mengemas kini dasar privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan diumumkan di laman web rasmi kami.


    9. Hubungi Kami

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dasar privasi ini, sila hubungi kami di:
    📧 Email: tbqamal.org@gmail.com
    📞 Telefon: 0167067881
    🕘 Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9:00 pagi – 5:00 petang)

    Donation

    • UTAMA
    • TENTANG KAMI
    • HUBUNGI
    • INFAQ

    Rumah Kebajikan Kanak-Kanak TBQ Amal

    Pertubuhan Kebajikan Tarhim Bil Qalbi Amal Negeri Johor (PPM-009-01-19112021)

    Phone : +60 16-706 7881

    Return Policy   Privacy Policy

    Copyright © 2025 TBQ Amal - All Rights Reserved.

    Powered by

    This website uses cookies.

    We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

    Accept