Harapan Baru untuk Kanak-Kanak yang Tersisih.
“Bantu anak-anak kehilangan harapan mendapatkan perlindungan, pendidikan, dan kasih sayang untuk membina masa depan cerah.
Harapan Baru untuk Kanak-Kanak yang Tersisih.
sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan visi utama untuk memberikan perlindungan dan harapan baru kepada kanak-kanak yang kehilangan keluarga
Berpusat di Johor Bahru, TBQ Amal menyediakan tempat tinggal selamat, makanan berkhasiat, pendidikan, dan sokongan emosi kepada kanak-kanak ini
memberi kehidupan yang baharu kepada lebih 50 kanak-kanak yang kini berada di TBQ Amal,
ISO 9001:2015
“Dengan pensijilan ISO 9001:2015, kami memastikan pengurusan rumah perlindungan ini adalah berkualiti dan telus.”

Setiap hari, 50 anak-anak ini perlu bersesak naik hanya 1 van & 1 Exora untuk ke sekolah. Ada yang terpaksa tunggu giliran dan sampai lambat.
Kini TBQ Amal memerlukan bantuan anda untuk menyediakan van tambahan demi keselesaan dan masa depan mereka.
Sedikit daripada anda, besar maknanya buat mereka.

TBQ Amal berusaha untuk menjadi lebih daripada sekadar sebuah Rumah Kebajikan yang menjalankan program kebajikan yang lain. Kami percaya bahawa kekuatan dan keunikan kami terletak pada nilai tambah yang kami tawarkan, yang membezakan kami daripada organisasi lain.

Rumah Kebajikan TBQ Amal adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan visi utama untuk memberikan perlindungan dan harapan baru kepada kanak-kanak yang kehilangan keluarga, menjadi mangsa penderaan, dan hidup dalam serba kekurangan. Berpusat di Johor Bahru, TBQ Amal menyediakan tempat tinggal selamat, makanan berkhasiat, pendidikan, dan sokongan emosi kepada kanak-kanak ini untuk memastikan mereka dapat membina kehidupan yang lebih cerah.

digunakan untuk menyediakan makanan harian yang berkhasiat agar kanak-kanak kekal sihat serta pendidikan asas

dana diperuntukkan untuk memastikan kanak-kanak mempunyai tempat tinggal yang selesa, bersih, dan selamat

digunakan untuk menyediakan kaunseling, terapi, dan aktiviti sokongan psikologi
Dari Gelap ke Terang: Perjalanan Anak-Anak TBQ Amal
Setiap anak di TBQ Amal membawa kisah yang menyentuh hati—kisah kehilangan, harapan, dan perjuangan. Video ini mengajak anda menyelami kehidupan mereka, melihat bagaimana kasih sayang dan pendidikan mampu mengubah nasib anak-anak yang pernah terpinggir.
Rumah Kebajikan Kanak-Kanak TBQ Amal
Pertubuhan Kebajikan Tarhim Bil Qalbi Amal Negeri Johor (PPM-009-01-19112021)
Phone : +60 16-706 7881
Copyright © 2025 TBQ Amal - All Rights Reserved.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.